Pantang
larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan
adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara
yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya.
Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan
India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun.
Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan
melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”
Istilah pergaulan atau dalam bahasa Arabnya 'ikhtilat' yang
membawa maksud pergaulan atau percampuran antara wanita dan lelaki adalah
terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam. Istilah pergaulan atau
percampuran atau Ikhtilat adalah membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan
Islam.
Pantang larangmerupakan larangan keras terhadap suatu tindakan berdasarkan
kepercayaan bahawa tindakan sedemikian terlalusuciatau terlalu terkutuk untuk dilakukan oleh orang biasa,
dengan ugutan hukuman oleh kuasa ghaib.Larangan-larangan
sedemikian wujud dalam rata-rata semua masyarakat.Erti pantang larang juga sedikit sebanyak
diluaskan dalam bidang sains sosial untuk memaksudkan larangan keras terhadap
sebarang bidang kegiatan manusia atau adat yang suci atau terlarang berasaskan
penilaian akhlak dan kepercayaan agama.
Maksud sosio-budaya ialah amalan yang
berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan
dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk
memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.