|
|
1. Mengamalkan sikap perpaduan dalam
perhubungan
Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari
pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan,
sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak
sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan
masyarakat.
2. Mengamalkan toleransi dalam pergaulan
Toleransi merupakan amalan dan persiapan
masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam keadaan aman damai.
Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak
untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama
masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi
undang-undang Negara adalah sama.
3.
Menyemai pergaualan dengan
persefahaman dan sifat hormat-menghormati
Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai
adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan
Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan,
pantang –larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi
memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap
kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.
Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang
terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan
dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu
didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan
pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui
sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.
No comments:
Post a Comment