Sosio-Budaya
Penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Jumlah
penduduk anggaran tahun 2003 ialah 25.04 juta, yang terdiri dari kaum Melayu
61%, kaum Cina 30%, kaum India 9%.
Malaysia
sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan. Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu sebagai
rakyat asal rantau ini. Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama
Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun,
kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran
tetangga dan masyarakat. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan.
Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati.
Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam dan
lain-lain dianggap sebagai perayaan penting.
Agama
Malaysia terdiri
dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama,
khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, di samping lain-lain sistem kepercayaan
yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di
bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.
1. Islam
Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu
Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul.
Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada
bulan Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan
Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah
berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam
menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang
berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul pada bulan
Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
Acara-acara seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanji biasanya
diadakan.
2. Buddha
Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari
Wesak sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu
hari keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari
kemangkatannya. Di perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan
perarakan diadakan.
3. Hindu
Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada
bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan
masa untuk kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira. la menandakan
kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan,
kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang
dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu malam,
pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan.
Para penganut
agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari
sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah, Batu Caves
yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa
persembahan-persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa
tersebut.
No comments:
Post a Comment