Wednesday, February 8, 2017

Muka Depan



KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM


SOSIO BUDAYA DAN AGAMA SETIAP KAUM DI MALAYSIA


PUAN ROHANI : JABATAN PENGAJIAN AM

MOHAMAD FAKHARUDIN BIN MOHD YUSOFF (12DIP14F1039)
MUHAMMAD IZHAM BIN IBRAHIM (12DIP14F1062)


DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

SENARAI KANDUNGAN


  • OBJEKTIF
  • PENGENALAN
  • DEFINISI PERGAULAN, PANTANG LARANG, SOSIO BUDAYA DAN AGAMA
  • JENIS-JENIS KAUM DI MALAYSIA
  • BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG SETIAP KAUM DARI SUDUT SOSIO BUDAYA DAN AGAMA DI MALAYSIA
  • CARA UNTUK MENJAGA BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG DARI ASPEK SOSIO BUDAYA
  • RUJUKAN
  • LAMPIRAN
  • KESIMPULAN


OBJEKTIF

  1. Membentuk sebuah negara yang berbilang kaum kekal aman dan makmur berlandaskan setiap pegangan agama.
  2. Mengekalkan adab dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan merurut aspek sosio budaya dan agama.
  3. Mewujudkan sebuah kaum yang setiasa menjaga pantang larang yang tersendiri

PENGENALAN

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

DEFINISI PERGAULAN

Istilah pergaulan atau dalam bahasa Arabnya 'ikhtilat' yang membawa maksud pergaulan atau percampuran antara wanita dan lelaki adalah terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam. Istilah pergaulan atau percampuran atau Ikhtilat adalah membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan Islam.

DEFINISI PANTANG LARANG

Pantang larang merupakan larangan keras terhadap suatu tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa tindakan sedemikian terlalu suci atau terlalu terkutuk untuk dilakukan oleh orang biasa, dengan ugutan hukuman oleh kuasa ghaib. Larangan-larangan sedemikian wujud dalam rata-rata semua masyarakat. Erti pantang larang juga sedikit sebanyak diluaskan dalam bidang sains sosial untuk memaksudkan larangan keras terhadap sebarang bidang kegiatan manusia atau adat yang suci atau terlarang berasaskan penilaian akhlak dan kepercayaan agama.

DEFINISI SOSIO BUDAYA

Maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.

DEFINISI AGAMA

Bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

JENIS-JENIS KAUM DI MALAYSIA

Kaum Melayu

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, 
kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : 
congkak, gasing, wau..
Alat muzik : 
kompanggongrebanagambus..
Perayaan : 
Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, 
tarian Piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina

Pakaian : Hanfu (semasa pergerakan Hanfu Malaysia dilangsungkan pada tahun 2007), Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

Kaum India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan  : kaudi 

Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG SETIAP KAUM DARI SUDUT SOSIO BUDAYA DAN AGAMA DI MALAYSIA

Sosio-Budaya

Penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Jumlah penduduk anggaran tahun 2003 ialah 25.04 juta, yang terdiri dari kaum Melayu 61%, kaum Cina 30%, kaum India 9%.
Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu sebagai rakyat asal rantau ini. Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam dan lain-lain dianggap sebagai perayaan penting.


Agama


Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.



1.   Islam

Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Acara-acara seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanji biasanya diadakan.

2.   Buddha
Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya. Di perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan.

3.   Hindu
Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan masa untuk kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira. la menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu malam, pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan.
Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah, Batu Caves yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa persembahan-persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut.

CARA UNTUK MENJAGA BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG DARI ASPEK SOSIO BUDAYA





1.       Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan


Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat.

2.   Mengamalkan toleransi dalam pergaulan


Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.


3.   Menyemai  pergaualan dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati


Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang –larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.

Rujukan


Laman web

-http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/6-sosio-budaya.html

-https://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan-sistem-sosio-budaya-islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia

-http://pergaulankaumdep5a.blogspot.my/2016/10/batas-pergaulan-dan-pantang-larang-dari.html


Lampiran



Keunikan Masjid Putrajaya (KAUM MELAYU)
"kolam" rekaan burung merak merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi (HINDU)
Tempat penyembahan kaum cina(BUDDHA)







kesimpulan

Seperti yang kita tahu, rakyat malaysia terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum,pelbagai etnik dan berbeza pegangan agama. dengan itu setiap kaum mempunyai batas pergaulan dan pantang larang yang tersendiri. Seperti yang dibincangkan, pelbagai cara dan kaedah untuk terus menjaga batas pergaulan dan pantang larang kita sesama masyarakat dari aspek sosio budaya dan agama.Kita juga mestilah menerapkan pelbagai ninai nilai murni dalam kehidupan seharian untuk memastikan perhubungan kita sesama masyarakat kekal terjalin justeru mengekalkan pantang larang dan menjaga segala batas pergaulan.